Friday, September 17, 2010

Pulang ke kampung halaman(Kota Bharu,Kelantan)

06:30pm 15 September 2010

Kami ber empat iaitu aku, Abang ku (Mohd Noor Khairi),ibunda ku dan Kuda tayar bulat ku yang di namakan 741.Memulakan perjalanan menuju ke kelantan tepat jam 6:30pm.Kami berhenti makan dan solat di R&R Yong Peng terus ke Segamat-Muadzam Shah-Kuantan-Sungai Besi-Ajil-Kota Baru.Sangat mencabar dan mengerunkan apabila melalui Kuantan-bukit Besi.Jalan dipenuhi kabus tebal.Memang susah nak memandu time ni.Tapi 741
dengan selamba bergerak 'maintain' 100km/j,Selekoh ke,jalan tegak ke dia main bedal je,,Thanks 741, u memang steady..Love u sweetheart..






Jam 05:15 am 16 September 2010

741 telah memaklumkan kepadaku bahawa kami telah selamat tiba di Kota Bahru,Kelantan.Beliau(741) berhenti di hadapan KB Mall dan secara kebetulanye ada hotel di sebelahnya iaitu Hotel Nora Baru.Kami di tawarkan dengan harga RM60 sehari.Ok la tu..Puas hati ..Dapat (Queen Bed + Single Bed).Akibat kepenatan keran kedua-dua 'driver' tidak tidur,Jadi kami bangun dalam jam 02:00pm..Penat sangat..


Jam 03:00pm 16 september 2010

Ape lagi..merayap la kat KB Mall,sampai malam..Pastu gi Bandar sebab nak hafal jalan..Tapi Xbeli pape pun..Cuma 'Window Shopping' aje ..Mak aku nak beli Nike Zoom Rm280.00.Aku ckp kita g kat Pengkalan Kubor dulu..Dia pun jawab 'ok'..(selamat aku..)









                                                     17 September 2010

Bermula jelajah di Kota Bharu.Merayap di Pasar Siti Khadijah dan Kota Bharu Trade Centre sampai jam 04:00pm.Terdetik hati ibunda ku untuk melawat rakan karibnya sejak di bangku sekolah dahulu di Jalan Sungai Chat,Kota Bharu.

                                         Keluarga Raja Hussin dan Tuan Maznah

Gambar ini di ambil Oleh Tengku Badlishah,Dan di dalam foto dari kiri : Mohd Noor Khairi,Ibunda ku,Aku,Raja Hussin dan Isteri,Raja Razaleigh.Duduk dari kiri : Tengku Saleha dan Tengku Azura.Kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumahnya(al maklum lah baru ada kereta) berbanding anak ke dua Raja Hussin iaitu Tengku Abdul Aziz yang selalu hadir ke rumah ku.Insyallah kalau ada masa nak pegi lagi.Kami seolah bagai saudara rapat.Seronok gak dapat berbual.tapi xpuas sebab masa tak mengizinkan..

                                                                    18 september 2010

Jam 09:00 am
   
Kami bersarapan di MPKB..Menu sarapan adalah  Nasi + Gulai Ayam.Best,enak dan boleh diterima tekak.Cubalah!!
                                           
 Di sini semuanya bangunan lama dan ia terletak di tengah Bandar Kota Bharu.Ada banyak makanan yang enak seperti kuih 'akok' dan yang pelik seperti Perut dan Lidah lembu.Di khabarkan ia di makan bersama sambal seperti sambal tumis.Urm..agak loya tekak ni..






Destinasi seterusnya,Kami ke rumah mak ngah yang terletak di Kok Lanas.Untuk ke Kok Lanas,jika perjalanan dari Kota Bharu,anda akan melalui Wakaf Che Yeh



.Pada waktu malam jualan seperti di 'UPTOWN' bermula jam 08:00pm.Terdapat pakaian berjenama seperti LV,AX,d&G dan macam2 lagi.Harga pun boleh tahan la..cuma kena pandai 'speaking',dapat la murah skit..Selepas Wakaf Che Yeh,anda akan berjumpa satu lagi daerah iaitu Ketereh dan kemudianya barulah anda di temukan kepada Kok Lanas.Apa yang ada di Kok Lanas???Datang la sendiri..Kemudian Kami bersama Pak Ngah(Ayah Mie) dan Mak Ngah ke Pengkalan Kubor..Faham-faham je lah...


Jam 03:40pm

Setelah berhempas pulas ke Pengkalan Kubor,Kami menuju ke Pengkalan Chepa..Ehh..Dah dua pengkalan dah ni..Ade ape pulak kat situ??
 Kami ke Maahad Muhammadi.Kampung kat sini ker??...Atau nak jumpa Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz??




































            Hjh Wan Jah Binti HjWan Ahmad(Tok Wan)                 

Satu-satunya Nenek yang masih ada didunia.Alhamdulillah ALLAH masih telah memberi kesempatan untuk kami menemuinya.Secara tak langsung kami juga bertemu dengan Mak su bersama anaknya Nabila dan Nafisa..
Pada waktu ini yang menjaga Tok wan ialah Ustaz Wan Noh b Wan Hamzah.Beliau adalah seorang guru di Maahad ini dan merupakan  anak kepada Arwah Wan Hamzah(Tok su Hamzah Al-Fatihah).Tok su Hamzah pula adalah adik kepada Tok Wan.Mudah-mudahan ALLAH memberkati,merahmati dan meletakan Tok su Hamzah ditempat orang yang beriman atas kerana kesudian anaknya(wan noh) menjaga Tok Wan selama ini..Aminn..




                                                                   19 september 2010

Jam 12:30 pm

Anak dan ibu.(Mek Nap & Tok Wan
Misi kami di teruskan dengan membawa Tok Wan merayap ke Pasir Mas.Sebelum bertolak,kami bersarapan(merangkap makan tengah hari ) di Pizza Hut KB Mall.Untuk makluman anda,ini adalah kali pertama Tok Wan makan pizza.Alhamdulillah Tok Wan sempat merasa pizza sebelum akhir hayatnya..Beliau benar-benar gembira pada waktu ini..




Dari kiri :  Mak Ngah , Ayah Mie(Pak Ngah) & Mohd Noor Khairi.




















Aku n Tok Wan..Seronok sangat masa ni sebab memang hajat balik kelantan nak cari Tok Wan.Yelah cucu mane tak sayangkan Nenek nya.Tapi agak terkilan bila pikir jauh dgn Tok Wan.Umur Tok Wan mase ni lebih kurang 80 thn..Sedih sangat sebab takut tak dapat jumpa lagi..




















Jam 02:00pm  

Kami memulakan perjalanan ke Rantau Panjang iaitu daerah sempadan antara Negeri Kelantan dan Thailand(Sg.Golok)Disini adalah salah satu syurga membeli belah di kelantan.

 

 Kalau tak sempat bayar bill Astro,boleh bayar di sini..






















Mase ni dalam perjalanan ke Pasir Mas.Tak sempat singgah kat masjid ni.Memang unik sebab kali pertama tengok masjid ala 'china'.Mulanya macam tak percaye yang ni masjid.












Jam 04:20pm

Kami menuju ke Kampung kelahiran ayahda ku iaitu Kampung Kiat(Lubok Chekok).Untuk ke kampung ini,hanya 2-3km dari 'Roundabout' Pasir Mas(Jalan ke Rantau Panjang).Tujuan aku ke kampung kiat sebenarnya membawa misi utama/tujuan utama untuk aku pulang ke kampung iaitu.melawat kubur ayahku.Alhamdulillah Allah telah beri kesempatan untuk ku menatap kubur ayahku.
Al-Fatihah..
Amat sebak di rasakan ketika ini sebab dah 7tahun tak balik Kampung.Bukan tu saja Arwah ayah ku pergi ketika umur ku 6 tahun.Bagi sesiapa membaca blog ini dan masih mempunyai bapa,sayangilah bapa anda kerana anda amat beruntung jika masih mendapat kasih dan sayang beliau.Dan ingatlah bahawa buruk/baik dia tetap bapa anda..Renungkan lah..
Lepas pulang dari kubur,Kami beraya Rumah Pak Ngah(Ariffin) iaitu abang kepada ayahku.Memag rumah wajib kene pergi sebab rumahnya betu-betul sebelah perkuburan tadi..


















Inilah aktiviti kami di rumah Pak Ngah iaitu Kutip hasil kebun.Inilah tanah pusaka Arwah ayah tinggalkan untuk kami sekeluarga.Tanah ni Pak Nhah jaga dengan menanam Pokok Salak dan Buah Dukong.












Pokok Buah Salak
Dalam kebun ni ada lebih kurang 200 pokok buah salak yang di tanam oleh Pak Ngah..Kemudian hari semakin gelap kami menuju ke....




Rumah Pak Cu(Adik bongsu arwah ayah).Kami sempat makan malam di sini..














Thursday, September 16, 2010

Kronologi "Konvoi Raya 2010"

                                                                          5 September 2010

Perjumpaan yang mudah di ertikan sebagai 'Mesyuarat' terdiri drpd aku,Intan,Pipah,Suhana,fara
dam Amad.Walau pun pada asal anggotanya adalah Jijie,Daryna,Ngek,Achar dan Hajjar.Tetapi mereka tidak dapat hadir dengan sebab.Lalu lokasi mesyaurat di pilih iaitu : 

Tepat pada jam 7:20 pm,Agenda mesyuarat ini yg pertama adalah 'Guest List'.Ada yang setuju dan bantahan.Namun apa yg di pegang adalah 'cuba terima dahulu' kerna kita cuma merancang..

Amat merisau kan aku bila jika semua ini hadir pada 'Konvoi' tersebut.Dalam hati cakap "camner nk setup program ni..adoi.."
Almaklum lah takot bila wat nanti mcam2 karenah.So pendek kate 'On je lah ..' dan apa nak jadi pun jadi lah..serta tetap pegang pada kata saktiku "lakukan apa yang ingin lakukan,lakukan dengan baik sehingga menjadi yang terbaik..Selepas itu,idea dtg mencurah2 kat Intan.kata nya "nak buat makan2 tak?"Semua kata ok dan lokasi tempat makan di Restoran Asam Pedas,Taman Sri Aman.'Guest list' dah,makan pun dah..lagi??(kata fara).Aku plan nak buat 'banner'..ni lah contoh banner yang telah di design kan oleh Abg Nazri(daun),tapi xsempat tempah..sory.Kamera juga ku booking tp tak dapat..

Tapi aku dah bagi tau kat jijie.Dan dia tak setuju.Katanya "alaa..simple2 suda...".Dan yang terakhir pada mesyuarat itu adalah pindaan tarikh "Konvoi Raya 2010" pada asalnya 18 sept 2010 dan di tukar kepada 14 September 2010..
08 september 2010
 Bermulalah acara ke-2 iaitu 'Majlis Berbuka Puasa'.Majlis ini di buat atas permintaan Mohd Firdaus(5ss1) kerana beliau pulang awal atas sebab bertugas.Untuk makluman,beliau adalah anggota Navy.Jadi beliau berharap andai sesiapa senasib(tidak dapat join konvoi) beliau dapat turut bersama berbuka bersama kami.Lokasi berbuka ini juga berlangsung di Murtabak Bakar,Pontian.







Inilah muka2 yang telah hadir bagi menjayakan Majlis Berbuka Puasa.Terima kasih di ucapkan kepada Jijie,Dilla,Hamim,Intan,Amad dan Firdaus.














Sebenarnye ingat nak sambut Hari Lahir aku..tapi takut sebab aku ade 'Hutang' dengan dia orang.Alhamdulillah tiada apa yang berlaku ketika ini..














                                                         13 September 2010
Pada malam 13 sept 2010,aku di jangkiti penyakit yang di namakan sebagai demam.Aku di MCkan pada 14 hb tersebut.Allah telah memudahkan perjalanan konvoi ini walaupun aku demam.tp tak teruk mana pun..Jam 11:15 pm Aku mesej kepada 'admin' iaitu : Intan,Jijie,Fara,Achar,Pipah,Suhana,Ngek dan Daryna."Dalam tgh hr nak jumpa korg jap kat aliff,ade skit briefing nk bg kat korang..".Kemudian mereka membalas dengan jawapan kurang enak di dengar.Antaranya :
Intan: Aku tak dapat join sbb tolong mak aku.(its ok alasan kukuh)
Jijie : Oraite..
Achar: ok..
Suhana:Ok tp aku tak de transport..(tak pe aku amek..)
Ngek: Aku mancing kat tambak.nanti aku g sane(pelik ni raye pun mancing.obsessed mancing  tol)
Daryna : Tengok la takot ada program lain..
Fara : Bila beb??.(dia mamai baru bagun tido)
Pipah: takot laki aku tak bagi kuar..buat kat uma aku je la..
                                                         14 September 2010
 Aku mesej lagi kat Admin "jam 11:45am kte kumpul then kte grak uma pipah.xjadi wat kat aliff.pipah x bagi..".Time ni On the way balek pontian.
9:12am Jijie call = Auk..Aku g singapore kejap ea..Dengan akak ipar aku..
           Aku        = Kejap ea??kang jem kt C.I.Q cam ner?
           Jijie       = Maybe sampai kul 4 lebih kul 5 cam tu la..
Mesej intan: Aku x join tau..
       Daryna: tkot ade prog..
       Ngek : aku mancing la.tgk camner nanti,lau jadi amek aku.
       Achar : ok..
Jadi tinggal cuma Aku,achar,suhana dan pipah.nk bincang ape cam ni..
Mesej lagi n0.2
"Tak jadi jumpa.feedback kurang cantik,kita jumpa kat aliff jam 4pm."
Mesej ni yang pipah tak dapat.dia terus p econsave beli barang nak masak mee goreng utk admin. Kemudian Suhana call " ko tak btau pipah ea.."
dan pipah pun call"pehh penat je aku belari g econdsave beli barang utk korg..adoi..abiz cam mane ni???"
11:20am Daryna call : Ko kat ne??teman aku jap..t aku mek ko kat uma.
11:40 am Daryna sampai amek aku then amek Achar g car wash sebelah SJKC pei chun.
Tengah sedap berbual tiba2 Intan call.
Intan: Yunk bape ramai yang kompem datang petang ni??
Aku  : Susa nk jawab.Dat y aku nk jumpa..nk bincang bende2 cam ni la.
Intan : Bende cam ni la yang menyamak kan aku tau.Leceh la..lau susa sangat tak yah buat la..(agak tinggi suarenye nada macam marah..)
Aku : Jap g aku bincang dengan Achar n Daryna.
Intan : Yela2..jgn lambat tau..abg aku da tanye ni..


Aku pandang Achar n Daryna..aku cakap "aku stress gler.." aku citer kat diorang kes2 semalam n pg ni..Namun Achar berkata " standard la ni jd penganjur.kene bnyak sabar n kuatkan mental.Daryna pula "dah pas ni amek 'guest list' hari tu kita lepak kat aliff bincang bende ni.sian aku tengok ko..kita wat sama2."aku dan achar setuju..
12:45pm(Restoran Aliff)
Seramai 20 orang confirm(intan)tambah 3orang(amad)aku cuma 3 jugak..
aku cakap kat Daryna aku amek Ngek,Ko amek Achar..dia balas 'ok'..
Bincang punya bincang sambil makan rojak jam da 3:20 pm..
04:00pm
Aku amek Ngek yang da siap sejak jam 3:45pm .Dapat call dari Daryna..
Daryna: Awu amek aku n Achar..adik aku tak siap lagi.. dia nk pakai keta aku..
Aku : ok..
04:10pm Uma Achar
Aku dengan Ngek nampak Achar pakai samping.(Dengan harapan dia terus masuk kereta)tp dia bg signal 'kejap'..adoii.Ngek pun bersuara "kita amek Daryna dulu la..
04:17pm Uma Daryna
Intan Call:'kate kul 4..ni da kul bape??"(Menyirap je aku dengar ayat ni..)
Aku : Jap amek Daryna n Achar.
04:50pm
Aku baru sampai aliff.lambat sebab aku da janji nk amik Yani Mohsin.Tp Achar n Daryna da take over keje aku..(time da rase cam nk pitam,penat sangat sebab tak rehat lagi.demam nye lain.lapar lagi sebab dr pagi tak makan cuma time lepak dengan achar je mkn rojak..)
05:00pm
Start kumpul di Terminal Bas Tambak Pontian.

Menanti kehadiran rakan2..Sambil dengar Ngek nyanyi lagu "SDAHA" versi 'i love the way u lie-Rihanna ft Eminem..



Turut di hiasi pasangan suami isteri (Ecah & Suami) n lagi 1 akak Daryna..time ni lum sampai..Dan tak lupa kawan kita Pipah & suami(fuad) dah 2 kali join tapi tak serik2 lagi..haha..Thanks for coming..










Kami di jemput oleh ibu dan bapa kawan  kita iaitu Arwah Najmudin.Amat terharu apabila kami di jemput untuk hadir ke rumahnya.


Pada ketika ini,kami di sajikan dengan Mee Hoon Goreng,Roti John dan Chocolate Cad..Kan best kalau arwah ada lagi mase ni..Malam ini juga kami di tatapkan gambar arwah.Masih terbayang wajahnya ketika ini..Al Fatihah untuk Arwah Najmudin..





Terima kasih kepada ADMIN iaitu Intan,Daryna,Achar,Jijie,Amad,Nin,Pipah,Suhana dan  fara yang sudi menjayakan dan menyusahkan diri sempena 'Konvoi Raya 2010' jasa anda sentiasa ku kenang...Juga kepada ZaraSara dan suami,Ecah dan suami,Fuad(suami pipah),Mastura dan Bf,Yan Mastam,Ketek,Lopong,Jawe dan Fatiah,Samsul,Yani Mohsin,Hamim,Tasya,Yasmin,Yanti,Wan Seli,Lalak,Rodh,Syamil,Faiq dan Ajis .Thanks For Coming..See you all next year,,insyallah..