06:30pm 15 September 2010
Kami ber empat iaitu aku, Abang ku (
Mohd Noor Khairi),
ibunda ku dan Kuda tayar bulat ku yang di namakan
741.Memulakan perjalanan menuju ke kelantan tepat jam 6:30pm.Kami berhenti makan dan solat di
R&R Yong Peng terus ke Segamat-Muadzam Shah-Kuantan-Sungai Besi-Ajil-Kota Baru.Sangat mencabar dan mengerunkan apabila melalui Kuantan-bukit Besi.Jalan dipenuhi kabus tebal.Memang susah nak memandu time ni.Tapi 741
dengan selamba bergerak 'maintain' 100km/j,Selekoh ke,jalan tegak ke dia main bedal je,,Thanks 741, u memang steady..Love u sweetheart..
Jam 05:15 am 16 September 2010
741 telah memaklumkan kepadaku bahawa kami telah selamat tiba di Kota Bahru,Kelantan.Beliau
(741) berhenti di hadapan
KB Mall dan secara kebetulanye ada hotel di sebelahnya iaitu
Hotel Nora Baru.Kami di tawarkan dengan harga
RM60 sehari.Ok la tu..Puas hati ..Dapat
(Queen Bed + Single Bed).Akibat kepenatan keran kedua-dua 'driver' tidak tidur,Jadi kami bangun dalam jam 02:00pm..Penat sangat..
Jam 03:00pm 16 september 2010
Ape lagi..merayap la kat
KB Mall,sampai malam..Pastu gi Bandar sebab nak hafal jalan..Tapi Xbeli pape pun..Cuma
'Window Shopping' aje ..Mak aku nak beli
Nike Zoom Rm280.00.Aku ckp kita g kat
Pengkalan Kubor dulu..Dia pun jawab 'ok'..(selamat aku..)
17 September 2010
Bermula jelajah di Kota Bharu.Merayap di
Pasar Siti Khadijah dan
Kota Bharu Trade Centre sampai jam 04:00pm.Terdetik hati ibunda ku untuk melawat rakan karibnya sejak di bangku sekolah dahulu di Jalan Sungai Chat,Kota Bharu.
Keluarga Raja Hussin dan Tuan Maznah
Gambar ini di ambil Oleh
Tengku Badlishah,Dan di dalam foto dari kiri :
Mohd Noor Khairi,
Ibunda ku,Aku,
Raja Hussin dan Isteri,
Raja Razaleigh.Duduk dari kiri :
Tengku Saleha dan
Tengku Azura.Kali pertama aku menjejakkan kaki ke rumahnya(al maklum lah baru ada kereta) berbanding anak ke dua
Raja Hussin iaitu
Tengku Abdul Aziz yang selalu hadir ke rumah ku.Insyallah kalau ada masa nak pegi lagi.Kami seolah bagai saudara rapat.Seronok gak dapat berbual.tapi xpuas sebab masa tak mengizinkan..
18 september 2010
Jam 09:00 am
Kami bersarapan di MPKB..Menu sarapan adalah Nasi + Gulai Ayam.Best,enak dan boleh diterima tekak.Cubalah!!
Di sini semuanya bangunan lama dan ia terletak di tengah Bandar Kota Bharu.Ada banyak makanan yang enak seperti kuih 'akok' dan yang pelik seperti Perut dan Lidah lembu.Di khabarkan ia di makan bersama sambal seperti sambal tumis.Urm..agak loya tekak ni..
Destinasi seterusnya,Kami ke rumah mak ngah yang terletak di Kok Lanas.Untuk ke Kok Lanas,jika perjalanan dari Kota Bharu,anda akan melalui Wakaf Che Yeh
.Pada waktu malam jualan seperti di 'UPTOWN' bermula jam 08:00pm.Terdapat pakaian berjenama seperti LV,AX,d&G dan macam2 lagi.Harga pun boleh tahan la..cuma kena pandai 'speaking',dapat la murah skit..Selepas Wakaf Che Yeh,anda akan berjumpa satu lagi daerah iaitu Ketereh dan kemudianya barulah anda di temukan kepada Kok Lanas.Apa yang ada di Kok Lanas???Datang la sendiri..Kemudian Kami bersama Pak Ngah(Ayah Mie) dan Mak Ngah ke Pengkalan Kubor..Faham-faham je lah...
Jam 03:40pm
Setelah berhempas pulas ke Pengkalan Kubor,Kami menuju ke Pengkalan Chepa..Ehh..Dah dua pengkalan dah ni..Ade ape pulak kat situ??
Kami ke Maahad Muhammadi.Kampung kat sini ker??...Atau nak jumpa Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz??
Hjh Wan Jah Binti HjWan Ahmad(Tok Wan)
Satu-satunya Nenek yang masih ada didunia.Alhamdulillah ALLAH masih telah memberi kesempatan untuk kami menemuinya.Secara tak langsung kami juga bertemu dengan Mak su bersama anaknya Nabila dan Nafisa..
Pada waktu ini yang menjaga Tok wan ialah
Ustaz Wan Noh b Wan Hamzah.Beliau adalah seorang guru di Maahad ini dan merupakan anak kepada Arwah
Wan Hamzah(Tok su Hamzah Al-Fatihah).Tok su Hamzah pula adalah adik kepada Tok Wan.Mudah-mudahan ALLAH memberkati,merahmati dan meletakan Tok su Hamzah ditempat orang yang beriman atas kerana kesudian anaknya(wan noh) menjaga Tok Wan selama ini..Aminn..
19 september 2010
Jam 12:30 pm
 |
| Anak dan ibu.(Mek Nap & Tok Wan |
Misi kami di teruskan dengan membawa Tok Wan merayap ke Pasir Mas.Sebelum bertolak,kami bersarapan(merangkap makan tengah hari ) di Pizza Hut KB Mall.Untuk makluman anda,ini adalah kali pertama Tok Wan makan pizza.Alhamdulillah Tok Wan sempat merasa pizza sebelum akhir hayatnya..Beliau benar-benar gembira pada waktu ini..
Dari kiri : Mak Ngah , Ayah Mie(Pak Ngah) & Mohd Noor Khairi.
Aku n Tok Wan..Seronok sangat masa ni sebab memang hajat balik kelantan nak cari Tok Wan.Yelah cucu mane tak sayangkan Nenek nya.Tapi agak terkilan bila pikir jauh dgn Tok Wan.Umur Tok Wan mase ni lebih kurang 80 thn..Sedih sangat sebab takut tak dapat jumpa lagi..
Jam 02:00pm
Kami memulakan perjalanan ke Rantau Panjang iaitu daerah sempadan antara Negeri Kelantan dan Thailand(Sg.Golok)Disini adalah salah satu syurga membeli belah di kelantan.
Kalau tak sempat bayar bill Astro,boleh bayar di sini..
Mase ni dalam perjalanan ke Pasir Mas.Tak sempat singgah kat masjid ni.Memang unik sebab kali pertama tengok masjid ala 'china'.Mulanya macam tak percaye yang ni masjid.
Jam 04:20pm
Kami menuju ke Kampung kelahiran ayahda ku iaitu Kampung Kiat(Lubok Chekok).Untuk ke kampung ini,hanya 2-3km dari 'Roundabout' Pasir Mas(Jalan ke Rantau Panjang).Tujuan aku ke kampung kiat sebenarnya membawa misi utama/tujuan utama untuk aku pulang ke kampung iaitu.melawat kubur ayahku.Alhamdulillah Allah telah beri kesempatan untuk ku menatap kubur ayahku.
 |
| Al-Fatihah.. |
Amat sebak di rasakan ketika ini sebab dah 7tahun tak balik Kampung.Bukan tu saja Arwah ayah ku pergi ketika umur ku 6 tahun.Bagi sesiapa membaca blog ini dan masih mempunyai bapa,sayangilah bapa anda kerana anda amat beruntung jika masih mendapat kasih dan sayang beliau.Dan ingatlah bahawa buruk/baik dia tetap bapa anda..Renungkan lah..
Lepas pulang dari kubur,Kami beraya Rumah Pak Ngah(Ariffin) iaitu abang kepada ayahku.Memag rumah wajib kene pergi sebab rumahnya betu-betul sebelah perkuburan tadi..
Inilah aktiviti kami di rumah Pak Ngah iaitu Kutip hasil kebun.Inilah tanah pusaka Arwah ayah tinggalkan untuk kami sekeluarga.Tanah ni Pak Nhah jaga dengan menanam Pokok Salak dan Buah Dukong.
 |
| Pokok Buah Salak |
|
Dalam kebun ni ada lebih kurang 200 pokok buah salak yang di tanam oleh Pak Ngah..Kemudian hari semakin gelap kami menuju ke....
Rumah Pak Cu(Adik bongsu arwah ayah).Kami sempat makan malam di sini..