Lokasi : Jalan Tun Dr Ismail,Johor Bahru.
Saya bersama dua pegawai saya dari Jalan Ayer Molek menuju ke destinasi terakhir kajian kami iaitu
di CIMB(Jalan Segget).Namun kami ditimpa
kemalangan ketika menyusuri laluan ke Jalan Tun Dr Ismail.Tiba-tiba sebuah kereta jenis Perodua Myvi membrek dengan kuat dan tidak dapat mengawal kereta lalu melanggar bahagian belakang kenderaan kami.Geseran tersebut di anggarkan sejauh 13meter.Soalan saya berapa kelajuan kereta ini sebelum brek kecemasan dilakukan?Berapa pula kelajuan yang sepatutnya sebelum kawasan lampu trafik?
Sejurus kejadian ini berlaku,kami bertiga keluar dari kereta bagi memastikan tiada kecederaan di antara dua pihak serta keselamatan kami.Kemudian pemandu Myvi seorang pemuda berbangsa melayu keluar lalu meminta maaf.Katanya "sorry bang..saya elak kereta hitam tadi.no plat nya JDM.tapi saya tak cam nombornya Aduii..".'awak dengan kawan awak OK ke tak ni??"kata pegawai kami En.Rahman.Lalu beliau membalas saya dan kawan selamat serta tiada kecederaan.Selang seminit,ada seorang lelaki berbangsa cina(berbaju hitam) datang menghampiri kami dan terus bertanya :" kereta suda ada 'towing' ke belum?"sambil mengedarkan kad perniagaan serta mengenalkan diri bahawa beliau pemandu 'towing truck' dan ketika itu saya terlihat 'walk talkie' di sebelah kiri pinggangnya.Selepas itu lelaki berbangsa india pula datang dan beliau menunjukkan telapak tangannya"Abang..ini nombor kereta hitam tadi..JDM XXXX..Tadi saya dibelakang kereta ini...dia lanngar lampu isyarat merah.."katanya..Saya berkata pegawai saya iaitu Hj Awazri "ehh..macam dirancang je ni..pelik...dari mana mereka datang ???"Namun beliau membalas "Yang tu nanti dulu..apa-apahal kita ambil maklumat yang penting.Kemudian lelaki india pun beredar dari tempat kejadian.Hj Awazri mengambil bukunya dan mendampinggi pemandu Myvi tadi untuk medapatkan maklumat. Hj Awazri bertanya "Nama encik siapa?boleh tunnjukan lesen sebab saya nak tulis maklumat."Namun pemuda yang dikenali sebagai Wan, berusia 18tahun ini mengaku TIADA LESEN MEMANDU.Lalu soalannya "siapa pemilik kereta ni???"Dia menoleh ke arah gadis dalam kereta Myvi tersebut,lalu berkata "kereta mak girkfriend saya ni.."Setelah mendapat maklumat,saya mendesak pegawai terus ke Balai Polis berhampiran untuk membuat laporan.Untuk makuman pembaca boleh lawati page ini untuk mengetahui akta JPJ jika memandu tanpa lesen,http://portal.jpj.gov.my/ms/muaturun-borang/doc_download/42-akta-333

No comments:
Post a Comment